Facebook telah diasaskan oleh seorang anak muda yang berasal dari NewYork.
Nama beliau ialah Mark Zuckerberg, dilahirkan pada tahun 1984, dan
beliau telah mengasaskan Facebook ketika beliau masih lagi menuntut di Universiti
Harvard. Sebelum ini, Mark Zuckerberg juga pernah membina beberapa
laman web sosial yang lain, antaranya ialah Coursematch dan Facemash.
Kini Mark Zuckerberg adalah seorang billionaire.
Mark
Zuckerberg telah melancarkan Facebook pada febuari 2004. Semasa
pelancaran, dalam masa 24 jam saja, seramai 1,200 pelajar Harvard
telah mendaftar, dan dalam masa sebulan hampir separuh prlajar serjana
muda di Universiti Harvard telah membuka akaun di Facebook. Kemudian
rangkaian tersebut telah berkembang ke seluruh universiti yang terdapat
di Amerika Syarikat, dan kini Facebook telah tersebar luas ke serata
dunia. Facebook telah ‘menjadi’ Facebook.com selepas nama domain
tersebut dibeli dengan harga USD200,000.
Tahukah anda, nama Facebook diambil sempena dengan nama borang yang akan diedarkan kepada pelajar baru di Universiti Harvard.
Tahukah anda, nama Facebook diambil sempena dengan nama borang yang akan diedarkan kepada pelajar baru di Universiti Harvard.
Pada mulanya, Facebook
adalah satu tool
yang digunakan oleh para pelajar di Universiti Harvard untuk berinteraksi
sesama mereka. Tapi kini, ia digunakan oleh semua orang sebagai hiburan.
Keahlian Facebook adalah percuma, tapi bagaimana Mark Zuckerberg boleh bergelar
billionaire sedangkan keahalian adalah percuma? Sebenarnya keuntungan Facebook
diperolehi daripada pengiklanan. Oleh itu tidak hairanlah syarikat separti
Google dan Yahoo berminat untuk membeli Facebook.
Jika MySpace menerima
tawaran daripada NEWS CORP
sebanyak USD580 juta dan YouTube menerima tawaran USD1.5 billion dari Google,
Facebook pula telah menerima tawaran hampir USD2 billion daripada Google dan
Yahoo. Jika anda yang berada di tempat Mark Zuckerberg pada ketika itu, adakah
anda akan menerima tawaran tersebut? USD 2 billion banyak tu… 7 keturunan pun
tak habis. Tapi Mark Zuckerberg telah menolak tawaran tersebut. Beliau berkata
‘Facebook bukan untuk dijual’. Syarikat Microsoft pun telah menunjukkan minat
terhadap Facebook, dan telah membeli share Facebook sebanyak 1.6% yang bernilai
USD246 juta.
Sebelum Facebook, MySpace adalah laman web sosial yang terbesar di Amerika Syarikat. Siapa yang tak kenal dengan MySpace? ia adalah laman web sosial yang terbesar sebelum Facebook dan tiada satu pun rangkaian sosial yang lain dapat menandingi trafik MySpace pada ketika itu. Tetapi Facebook telah berjaya menandingi trafik MySpace dengan pantas, dan Facebook dianggarkan mempunyi hampir 200 juta ahli diserata dunia.
Sebelum Facebook, MySpace adalah laman web sosial yang terbesar di Amerika Syarikat. Siapa yang tak kenal dengan MySpace? ia adalah laman web sosial yang terbesar sebelum Facebook dan tiada satu pun rangkaian sosial yang lain dapat menandingi trafik MySpace pada ketika itu. Tetapi Facebook telah berjaya menandingi trafik MySpace dengan pantas, dan Facebook dianggarkan mempunyi hampir 200 juta ahli diserata dunia.
Facebook adalah salah satu
laman web sosial seperti MySpace dan Friendster, tetapi bagaimana Facebook
boleh berkembang dengan cepat? Mungkin disebabkan oleh keunikan aplikasi yang
terdapat pada Facebook. Game, gift, quiz dan banyak lagi aplikasi Facebook yang
membolehkan Facebook telah berkembang dengan cepat. Facebook juga
menyediakan ruang chat kepada penggunanya untuk berinteraksi kepada
rakan-rakan. Ini yang membuatkan Facebook lebih unik berbanding dengan laman
web sosial yang lain.
kakak... :D
BalasHapus